PENGENALAN KEPADA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Friday, January 26, 2018




Assalamualaikum w.b.t segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan kami memperkenalkan diri , kami kumpulan yang dianggotai oleh 3 orang pelajar iaitu , Hanisah Binti Kamsuri , Wan Nor Asmahani binti Wan Yousof dan Raja Nur Amirah binti Raja Jamlee dari kelas DHF5A , Diploma perkhidmatan makanan [ amalan halal ] . Merupakan pelajar semester akhir sesi Dec 2017 di Politeknik MetrO Kuantan . Tujuan kami menghasilkan blog ini adalah merupakan assesment kami iaitu dari subjek DUA 6022 Komunikasi dan Penyiaraan Islam . Tugas kami adalah untuk menerangkan mengenai amar makruf nahi mungkar . 







Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah yang masih lagi memberi nikmat kepada kita nikmat yang amat besar iaitu nikmat iman dan islam,
Kita sering alpa dalam menjalankan tugas yang sebenar benarnya yang disuruh oleh Allah, dan kita sering melakukan maksiat kepadanya…. mengapa ini terjadi? Adakah kita tidak kuat untuk melawan hawa nafsu dari terus kuat berpegang pada tali Allah ?
Kadang-kadang kami terfikir, adakah kami sudah cukup berbuat kebaikan Amar Makruf Nahi Mungkar dengan sebaiknya ?Adakah dengan apa yang kita buat menjamin kita disyurga nanti ?

Ya Allah,berkatilah setiap yang kami cakapkan, apa yang kami tuliskan ini Ya Allah.. Moga setiap kita mendapat manfaat dan redha Allah paling penting.

Sahabat-sahabat sekalian..
Kami seorang mahasiwa..
Seorang pelajar...
Sama seperti kalian..
Mempunyai jiwa, hati, dan perasaan..
Yang sering melakukan dosa..
Tiada tempat yang baik selain hanya kepada Allah pergantungan kita..
Ingin menjadi hamba yang sempurna...
Tatkala itu,sering melakukan dosa, maksiat kepadaNya..
Adakah dengan dosa itu, dosa yang kami perbuatkan dapat kami berjumpa Allah ????
Dengan dosa yang kami perbuatkan di atas muka bumi ini dapat menciumkan kami pada syurga Allah yang indah sekali ??
Adakah kami sudah cukup untuk mengatakan kami sudah layak memasuki syurga ?
Kami tidak sama sekali ingin ke neraka jahannam.. Na'uzubillah..
Kami ingin berjumpa dengan Rasullullah…..
Tetapi kami belum mengenalinya dengan sebaik baiknya…..

Ya Allah. .Bagilah kami iman yang kental, dapat kami
mengenalinya sebelum malaikat maut menjemput kami ..kami insan yang lemah...
kami tidak mampu berbuat kebaikan .. dan selalu melanggar arahanMu ...

Syirik itu datang dalam pelbagai perkara.. tiada apa yang kami mampu,
melainkan Engkau jauhkan kami dari syirik, perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah.. Kami mohon agar Kau jauhkan hati-hati kami dari perkara yang sia sia ...

Peranan pelajar bukanlah hanya sekadar di dalam bilik kuliah..
Namun itulah realitnya sekarang
Hanya sekadar belajar.. bermain... melepak..dan banyak lagi…
Kami bukanlah mengatakan ianya salah ...
Bagi pandangan yang lemah ini .. kami merasakan tiada apa manfaat untuk masa hadapan jika kita hanya berpandangan negative terhadap kerja-kerja selain dalam kelas dengan hanya mendengar lecture bersyarah ....
Tambahan nya, bagi mahasiswa..satu ungkapan yang amat 'AGUNG' sebenarnya digunakan..iaitu ‘MAHA’ ..kami pun tak pasti macam mana timbul perkataan ini. ..yang kami tahu hanya Allah Maha Kuasa.. Maha Bijaksana, Maha Pengampun ...

Subhanallah. .kita manusia menggalas tugasan sebagai
seorang khalifah di atas muka bumi ini, dari seorang yang tidak faham agama, kita di didik mempelajari ilmu agama, ilmu akhirat dan tidak lari jugak kita di didik mempelajari ilmu berkaitan dunia..
Contoh,  pelajar engineering...
Adakah kita belajar hanya untuk lepas pointer lulus... semua A. dapat grad cepat.. lepastu kawin.. dapat anak.. lepastu kerja. .dan akhir sekali meninggal dunia.....
Tak ke kita terfikir.. kita belajar engineering.. dan sebagainya mampu untuk kita mendidik anak-anak kita dengan ilmu agama ???

Buka lah minda kita semua...
Kita hanya di putar belitkan dengan politik semasa..
Kita takut dengan polis.. kita takut dengan kerajaan..kita tidak mahu terlibat hal-hal berkaitan dengan politik.. kita ni sebenarnya apa ???
Kita hanya duduk diam.. kita diperalatkn oleh orang atasan..
Kami bukannya pembangkang kepada mana-mana  pihak, dan tidak menyentuh mana-mana pihak…….
Cuma buka lah minda…. buka fikiran kita...

Kita berpijak di atas muka bumi Allah ....
Kita berada di atas bangunan yang didirikan atas bumi Allah, kerajaan Allah… Bukan atas milik kita.
Diri kita sebenarnya juga hanya milik Allah…..
Allah berhak mencabut nyawa kita bila tiba masanya..
Kita tiada siapa siapa lagi kecuali Allah…..
Cuma...syarat syarat yang diperuntukkan Allah hanya Amar Makruf Nahi Mungkar ....
Kita berbuat baik, jaga hati orang lain… Kita bersosial dengan cara yang baik yang dibenarkan syarak.. Cukup…………….
Jangan terdorong dengan tipu dunia.. Kita hari ini hanya sukakan dan cintakan dunia .....
Kita sanggup tidak jualkan dunia untuk akhirat ??? Ataupun kita sanggup jualkan akhirat demi untuk beli akhirat??
Yang mana satu kita.. Kita adalah kita.. Kita yang buat pilihan..
Pilihan menjadi yang baik atau buruk..
Dengan menjadi hanya sekadar pelajar atau pun pejuang kepada Islam .....
Kita ini umpama panah panah yang sangat tajam …
Panah Islam...
Panah yang boleh menembusi setiap golongan yang menentang Islam ....
Panah yang dapat menembusi dan merobek setiap badan yng menentang Allah ....
Kita adalah pejuang harakah Islamiah.. Penggerak kepada panji panji Islam ……
Penggerak yang dapat memenangkan Islam  ….

Bagaimanakah suatu hari nanti kita diperintah oleh seorang khalifah… Seorang yang betul betul mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah. .Subhanallah  …..
Begitu hebat sekali orang orang yang melakukan perintah Allah....
Dialah pemimpin yang disukai oleh penduduk dunia dan alam ghaib..
Kemengan Islam itu pasti....
Tetapi
Langkah pertama diperlukan ....
Setiap langkah kita mara dalam menyemarakkan lagi obor Islam diseluruh dunia..

Allah SWT tujuan kami.. ..
Rasullullah SAW ikutan kami ....
Al Quran panduan kami ....
Jihad adalah jalan juang kami …
Mati syahid cita cita tertinggi kami ….

Bibliografi
Wan Nor Asmahani binti Wan Yousof , 2018 Jan 27


DEFINISI AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR




Maksud Amar makruf nahi mungkar ialah mengajak, menyuruh dan menyeru ke arah kebaikan mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara mungkar atau yang ditegah oleh agama (Al-Nawawi, 1994, 1998). Sekiranya matlamat seorang insan adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dan kejayaan di dunia dan akhirat maka amar makruf nahi mungkar sebenarnya adalah sebahagian daripada matlamat yang dipertanggungjawab oleh Allah SWT kepada setiap Muslim untuk dipikul. Hal ini demikian kerana sesungguhnya setiap dalam kalangan Muslim itu adalah bersaudara dan perlulah saling nasihat menasihati demi kebaikan dirinya dan saudaranya.

Bibliografi 
Kamarul Azmi , 2015 Amar Maaruf Nahi Mungkar from islamic.utm.my/qamar/2015/09/24/amar-makruf-nahi-mungkar/




PERANAN PELAJAR DALAM KONSEP AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR



  1. Memperbanyakkan menghadiri majlis ilmu 
  2. Dekatkan diri dengan Allah s.w.t
  3. Sebagai seorang rakan , perlulah saling nasihat menasihati 
  4. Meningkatkan program program agama di tempat belajar 
  5. Hormat Ibubapa agar mereka merestui apa yang kita lakukan 
Bibliografi
Raja Nur Amirah Binti Raja Jamlee , 2018 Jan 24

HADIS & DALIL

Pada asalnya Allah SWT mengutuskan rasul-Nya bagi memimpin manusia seluruhnya bermula dari Nabi Adam AS sebagai manusia pertama dijadikan Allah SWT, lalu diangkat menjadi Rasul, sehinggalah kepada nabi yang terakhir, iaitu junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Semuanya rasul ini bertugas menyampaikan hukum-hakam Allah SWT bagi mengatur individu, masyarakat dan negara berdasarkan perintah-Nya yang diwahyukan kepada mereka (Din, 2002). Oleh sebab Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi yang terakhir yang diutuskan, maka Allah SWT meminta umat Islam menyambung tugas penyampaian ini kepada para umat hingga ke hari Kiamat sebagaimana firman-Nya:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ١٠٤

Maksud: Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.

(Surah Ali ‘Imran, 3:104)

Berdasarkan matlamat amar makruf dan nahi mungkar ini, maka setiap Muslim yang melaksanakannya mampu mendapat pengiktirafan sebagai umat yang terbaik. Hal ini sebagaimana firman-Nya:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ ١١٠

Maksud: Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

(Surah Ali ‘Imran, 3:110)

Dalil ini jelas menerangkan tentang tanggungjawab Muslim sesama Muslim yang lain. Mungkin kadangkala terdapat Muslim yang terleka dan terlupa, maka wajarlah Muslim yang ingat untuk mengingatkan mereka dan menarik mereka semula pada jalan yang benar. Tidak timbul persoalan bahawa perbuatan menyeru kepada kebaikan mencegah kemungkaran ini sebagai satu perbuatan menjaga tepi kain orang lain

Bibliografi
Din, Haron. 2002. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

ISU - ISU SEMASA

  • Melayu Murtad 



                                  Lina Joy

Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran
kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim.
Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dilahirkan oleh ibu bapa Melayu pada 1963. Dia menukar agama Islam kepada Kristian Katolik pada usia 26 tahun pada 1998. Dia telah dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada Mahkamah Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah. Namanya di dalam kad pengenalan berjaya ditukar kepada Lina Joy pada 1999. Selagi dia dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam.

Bibliografi 
/Media Melayu Hiburan  (MSI) JAN 23, 2014 ,  Kes melayu murtad di Malyasia from HTTP://WWW.SUARAINSAN.NET/6-KES-MELAYU-MURTAD-PALING-TERKENAL-DI-MALAYSIA/


Hartina Haji Kamaruddin

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Kartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak Kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina.

Bibliografi 
/Media Melayu Hiburan  (MSI) JAN 23, 2014 ,  Kes melayu murtad di Malyasia from HTTP://WWW.SUARAINSAN.NET/6-KES-MELAYU-MURTAD-PALING-TERKENAL-DI-MALAYSIA/


                Siti Fatimah Abdul Karim

Siti Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak kepada pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang diperolehi Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.
Berdasarkan kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.
Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama.
Seterusnya, hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka. Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti Fatimah masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.

Bibliografi 
Media Melayu Hiburan  (MSI) JAN 23, 2014 ,  Kes melayu murtad di Malyasia from HTTP://WWW.SUARAINSAN.NET/6-KES-MELAYU-MURTAD-PALING-TERKENAL-DI-MALAYSIA/


Aisyah Bokhari

Pernah dengar cerita Aisyah Bokhari yang murtad tak lama dulu?Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.
Cerita mengenai isu murtad yang dibawa di sini memang agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad, Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhori setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
“Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.”
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhori boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.
Butir asal permohonan
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”
Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik”.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil,undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.
Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Ibu bapa Nor’Aishah Bokhari, gadis yang kononnya mengisytiharkan dirinya murtad, merayu anak mereka itu agar pulang ke pangkuan keluarga untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti tahun-tahun lalu.
Mereka turut merayu jasa baik umat Islam di negara ini untuk mendoakan kerahmatan ke atas Nor’Aishah serta mengerjakan solat hajat sepanjang minggu terakhir bulan Ramadan ini agar gadis itu kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Bapa gadis tersebut, Bokhari Md. Tahir, 62, seorang pesara guru, berkata, beliau terpaksa mengetepikan perasaan malu yang akan ditanggung oleh keluarganya kerana percaya anaknya sehingga hari ini masih lagi kekal menganut agama Islam.
”Ramai kawan-kawan saya memberi perangsang untuk membawa perkara ini ke pengetahuan umum kerana mereka percaya saya telah selesai menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah dengan baik,” kata beliau dengan nada yang sebak ketika ditemui Utusan di sini, hari ini.
Beliau ditemani oleh isterinya, Samiah @ Aton Taha, 58, kakak dan abang kepada Nor’Aishah, Norashikin dan Nazaruddin.
Nor’Aishah melalui peguamnya mendakwa telah mengikrarkan satu surat akuan yang menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan memakai nama Aishah Felicia Bokhari pada 22 Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun kesahihan dakwaan itu masih tidak jelas kerana tiada pengakuan dan keterangan secara terbuka daripada Nor’Aishah sendiri mengenai perkara itu.
Pengakuan yang ada hanya menerusi seorang peguam tetapi ia diragui oleh keluarga Nor’Aishah berdasarkan kenyataan taubat yang dibuat oleh gadis itu di Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember lalu.
Gadis itu bagaimanapun dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu dan kini dipercayai berada bersama teman lelakinya, Joseph Arnold Lee, 28.
Pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan pasangan itu sedang bersembunyi di negara jiran.
Keterangan gadis itu amat penting bagi menentukan kesahihan pengakuannya untuk keluar daripada agama Islam.
Isnin lalu, Nor’Aishah menerusi peguamnya menarik balik satu permohonan writ habeas corpus terhadap bapa, ibu, abang dan seorang bapa saudaranya yang didakwa telah mengurung dan menahan beliau secara paksa.
Nor’ Aishah bagaimanapun tidak hadir pada hari itu.
Bokhari seterusnya berkata, Nor’Aishah, 25, seorang anak yang menerima didikan agama yang cukup ketika menuntut di sebuah sekolah agama di Johor.
”Pendidikan agama yang diterimanya cukup untuk melayakkan beliau menjadi seorang ustazah,” katanya.
Tambahnya, Nor’Aishah pandai membaca al-Quran dan turut menghafal beberapa surah penting.
Menurut Bokhari, Nor’Aishah dengan semua anggota keluarganya cukup baik.
”Kami adik beradik sememangnya rapat dan sering berkongsi dalam banyak perkara,” kata kakaknya, Norashikin.
BOKHARI Md. Tahir dan Samiah @ Aton Taha tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib anak perempuan mereka, Nor’Aishah yang menghilangkan diri sejak 30 Disember lalu. Nor’Aishah kini dipercayai berada di negara jiran bersama teman lelakinya. – Gambar ZAINAL ABIDIN IBRAHIM.

Bibliografi 
/Media Melayu Hiburan  (MSI) JAN 23, 2014 ,  Kes melayu murtad di Malyasia from HTTP://WWW.SUARAINSAN.NET/6-KES-MELAYU-MURTAD-PALING-TERKENAL-DI-MALAYSIA/

  • Homoseksual

Isu seterusnya yang berkaitan dengan konsep amar maaruf nahi mungkar ialah ‘ Dr. Siti Musdah telah diberi anugerah barat kerana telah menghalalkan lesbian dan gay ’ , merurut keratan akhbar diatas Dr. Siti Musdah merupakan seorang kaunselor dan penulis keagamaan yang terkenal di Indonesia. Beliau juga merupakan Ketua Lembaga Agama dan Gender serta pernah menjadi Ahli Peneliti Utama Syarahan Keagamaan, Badan Penelitian dan Pengembangan Agama, Indonesia. Dr. Musdah sebagai ketuanya tampil dengan resolusi yang sangat mengejutkan iaitu: "Homoseksual adalah perkara semula jadi dan ia diciptakan oleh Tuhan, oleh itu ia dibolehkan dalam agama." Pengharaman homoseksualiti, dakwa Dr. Musdah, sebenarnya dilakukan oleh ulama-ulama yang berfikiran sempit. Sedangkan, tegas beliau, tiada perbezaan antara lesbian dan bukan lesbian kerana orang yang dipandang mulia oleh Allah adalah yang bertakwa.Bercakap tentang takwa, hanya Allah yang layak menghakiminya.
Intipati ajaran Islam ialah memanusiakan manusia, hormat menghormati dan menjaga maruah mereka. Homoseksual diharamkan hanya kerana ia dibantah oleh majoriti anggota masyarakat, bukannya oleh agama.Melihat kepada kelantangan Dr. Siti Musdah itu, Ketua Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia, Dr. Adian Husaini pula tanpa ragu-ragu mengatakan wanita itu memang 'berani'. "Dr. Musdah memang sangat berani dalam menyuarakan pendapatnya, meskipun sangat kontroversi dan mengejutkan banyak pihak."

'Berani' yang dimaksudkan oleh Adian bukanlah berani menyatakan kebenaran untuk menghancurkan kebatilan atau kezaliman, tetapi berani mengubah-ubah hukum Islam sambil menganggap dirinya sebagai mujtahid, oleh sebab itu, tidak hairanlah pelbagai penghargaan telah diraih oleh Dr. Musdah atas besarya 'sumbangan serta keberanian melawan pemikiran tradisi.' (Zulkarnain Zakaria,2010) 

Biblografi
Zulkarnain Zakaria , 2010 Lesbian dan Gay Halal from http://wwwqamarmuneera.blogspot.my/2010/03/lesbian-dan-gay-halal.html

  • Pembuangan Bayi


Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.
Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran. Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN. Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod. Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

Bibliografi
Mohd Azis Ngah (2010 march 30) 17303 anak luar nikah didaftar 2009 , Berita Harian 2010 
  • Berzina

Pada zaman kini , salah satu punca berlakunya zina adalah kerana hantaran perkhawinan semakin tinggi . Hantaran perkahwinan yang semakin meningkat dikenal pasti menjadi punca bertambah jumlah pasangan yang ditangkap berzina di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim,  berkata, sebanyak 300 fail telah dibuka di Mahkamah Syariah melibatkan 600 pelaku hingga Oktober lalu, berbanding sebanyak 269 kes sepanjang tahun lalu. Antara faktor yang dikenal pasti menjadi punca peningkatan gejala zina di negeri ini adalah meningkatnya kos wang hantaran dan kenduri kahwin. Ini adalah kerana “Perbelanjaan kenduri yang semakin mahal memberi beban sehingga akhirnya pasangan itu terjebak melakukan perbuatan maksiat,”Faktor lain yang dikenal pasti menyumbang terhadap peningkatan kes zina termasuk sikap ibu bapa yang terlalu menumpukan terhadap pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab memantau per­ge­­rakan anak-anak mereka.“Selain itu, suasana masyarakat yang semakin kurang mengambil tahu hal persekitaran mereka turut menjadi faktor kerosakan moral melibatkan pelaku zina,” (khairul ali ,2017)

Bibliografi
Mohd khairul (2017, Nov 23) hantaran tinggi antara punca pasangan berzina . Utusan Malaysia 2017

KESIMPULAN

Wednesday, January 24, 2018



Kesimpulannya adalah, matlamat seorang insan adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dan kejayaan di dunia dan akhirat maka amar makruf nahi mungkar sebenarnya adalah sebahagian daripada matlamat yang dipertanggungjawab oleh Allah SWT kepada setiap Muslim untuk dipikul. Hal ini demikian kerana sesungguhnya setiap dalam kalangan Muslim itu adalah bersaudara dan perlulah saling nasihat menasihati demi kebaikan dirinya dan saudaranya. Melalui pengamatan yang mendalam terhadap amar makruf dan nahi mungkar ini, kesan amalan ini pada hakikatnya boleh menghasilkan beberapa faedah berikut.


Bibliografi
UTM WEBTEAM  (2015, Sept 24) Amar Makruf Nahi Mungkar
http://islamic.utm.my/qamar/2015/09/24/amar-makruf-nahi-mungkar/
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS