Assalamualaikum w.b.t segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan kami memperkenalkan diri , kami kumpulan yang dianggotai oleh 3 orang pelajar iaitu , Hanisah Binti Kamsuri , Wan Nor Asmahani binti Wan Yousof dan Raja Nur Amirah binti Raja Jamlee dari kelas DHF5A , Diploma perkhidmatan makanan [ amalan halal ] . Merupakan pelajar semester akhir sesi Dec 2017 di Politeknik MetrO Kuantan . Tujuan kami menghasilkan blog ini adalah merupakan assesment kami iaitu dari subjek DUA 6022 Komunikasi dan Penyiaraan Islam . Tugas kami adalah untuk menerangkan mengenai amar makruf nahi mungkar .
Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah yang masih lagi memberi nikmat kepada kita nikmat yang amat besar iaitu nikmat iman dan islam,
Kita sering alpa dalam menjalankan tugas yang sebenar benarnya yang disuruh oleh Allah, dan kita sering melakukan maksiat kepadanya…. mengapa ini terjadi? Adakah kita tidak kuat untuk melawan hawa nafsu dari terus kuat berpegang pada tali Allah ?
Kadang-kadang kami terfikir, adakah kami sudah cukup berbuat kebaikan Amar Makruf Nahi Mungkar dengan sebaiknya ?Adakah dengan apa yang kita buat menjamin kita disyurga nanti ?
Ya Allah,berkatilah setiap yang kami cakapkan, apa yang kami tuliskan ini Ya Allah.. Moga setiap kita mendapat manfaat dan redha Allah paling penting.
Sahabat-sahabat sekalian..
Kami seorang mahasiwa..
Seorang pelajar...
Sama seperti kalian..
Mempunyai jiwa, hati, dan perasaan..
Yang sering melakukan dosa..
Tiada tempat yang baik selain hanya kepada Allah pergantungan kita..
Ingin menjadi hamba yang sempurna...
Tatkala itu,sering melakukan dosa, maksiat kepadaNya..
Adakah dengan dosa itu, dosa yang kami perbuatkan dapat kami berjumpa Allah ????
Dengan dosa yang kami perbuatkan di atas muka bumi ini dapat menciumkan kami pada syurga Allah yang indah sekali ??
Adakah kami sudah cukup untuk mengatakan kami sudah layak memasuki syurga ?
Kami tidak sama sekali ingin ke neraka jahannam.. Na'uzubillah..
Kami ingin berjumpa dengan Rasullullah…..
Tetapi kami belum mengenalinya dengan sebaik baiknya…..
Ya Allah. .Bagilah kami iman yang kental, dapat kami
mengenalinya sebelum malaikat maut menjemput kami ..kami insan yang lemah...
kami tidak mampu berbuat kebaikan .. dan selalu melanggar arahanMu ...
Syirik itu datang dalam pelbagai perkara.. tiada apa yang kami mampu,
melainkan Engkau jauhkan kami dari syirik, perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah.. Kami mohon agar Kau jauhkan hati-hati kami dari perkara yang sia sia ...
Peranan pelajar bukanlah hanya sekadar di dalam bilik kuliah..
Namun itulah realitnya sekarang
Hanya sekadar belajar.. bermain... melepak..dan banyak lagi…
Kami bukanlah mengatakan ianya salah ...
Bagi pandangan yang lemah ini .. kami merasakan tiada apa manfaat untuk masa hadapan jika kita hanya berpandangan negative terhadap kerja-kerja selain dalam kelas dengan hanya mendengar lecture bersyarah ....
Tambahan nya, bagi mahasiswa..satu ungkapan yang amat 'AGUNG' sebenarnya digunakan..iaitu ‘MAHA’ ..kami pun tak pasti macam mana timbul perkataan ini. ..yang kami tahu hanya Allah Maha Kuasa.. Maha Bijaksana, Maha Pengampun ...
Subhanallah. .kita manusia menggalas tugasan sebagai
seorang khalifah di atas muka bumi ini, dari seorang yang tidak faham agama, kita di didik mempelajari ilmu agama, ilmu akhirat dan tidak lari jugak kita di didik mempelajari ilmu berkaitan dunia..
Contoh, pelajar engineering...
Adakah kita belajar hanya untuk lepas pointer lulus... semua A. dapat grad cepat.. lepastu kawin.. dapat anak.. lepastu kerja. .dan akhir sekali meninggal dunia.....
Tak ke kita terfikir.. kita belajar engineering.. dan sebagainya mampu untuk kita mendidik anak-anak kita dengan ilmu agama ???
Buka lah minda kita semua...
Kita hanya di putar belitkan dengan politik semasa..
Kita takut dengan polis.. kita takut dengan kerajaan..kita tidak mahu terlibat hal-hal berkaitan dengan politik.. kita ni sebenarnya apa ???
Kita hanya duduk diam.. kita diperalatkn oleh orang atasan..
Kami bukannya pembangkang kepada mana-mana pihak, dan tidak menyentuh mana-mana pihak…….
Cuma buka lah minda…. buka fikiran kita...
Kita berpijak di atas muka bumi Allah ....
Kita berada di atas bangunan yang didirikan atas bumi Allah, kerajaan Allah… Bukan atas milik kita.
Diri kita sebenarnya juga hanya milik Allah…..
Allah berhak mencabut nyawa kita bila tiba masanya..
Kita tiada siapa siapa lagi kecuali Allah…..
Cuma...syarat syarat yang diperuntukkan Allah hanya Amar Makruf Nahi Mungkar ....
Kita berbuat baik, jaga hati orang lain… Kita bersosial dengan cara yang baik yang dibenarkan syarak.. Cukup…………….
Jangan terdorong dengan tipu dunia.. Kita hari ini hanya sukakan dan cintakan dunia .....
Kita sanggup tidak jualkan dunia untuk akhirat ??? Ataupun kita sanggup jualkan akhirat demi untuk beli akhirat??
Yang mana satu kita.. Kita adalah kita.. Kita yang buat pilihan..
Pilihan menjadi yang baik atau buruk..
Dengan menjadi hanya sekadar pelajar atau pun pejuang kepada Islam .....
Kita ini umpama panah panah yang sangat tajam …
Panah Islam...
Panah yang boleh menembusi setiap golongan yang menentang Islam ....
Panah yang dapat menembusi dan merobek setiap badan yng menentang Allah ....
Kita adalah pejuang harakah Islamiah.. Penggerak kepada panji panji Islam ……
Penggerak yang dapat memenangkan Islam ….
Bagaimanakah suatu hari nanti kita diperintah oleh seorang khalifah… Seorang yang betul betul mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah. .Subhanallah …..
Begitu hebat sekali orang orang yang melakukan perintah Allah....
Dialah pemimpin yang disukai oleh penduduk dunia dan alam ghaib..
Kemengan Islam itu pasti....
Tetapi
Langkah pertama diperlukan ....
Setiap langkah kita mara dalam menyemarakkan lagi obor Islam diseluruh dunia..
Allah SWT tujuan kami.. ..
Rasullullah SAW ikutan kami ....
Al Quran panduan kami ....
Jihad adalah jalan juang kami …
Mati syahid cita cita tertinggi kami ….
Mati syahid cita cita tertinggi kami ….
Bibliografi
Wan Nor Asmahani binti Wan Yousof , 2018 Jan 27
Wan Nor Asmahani binti Wan Yousof , 2018 Jan 27
Bibliografi
Kamarul Azmi , 2015 Amar Maaruf Nahi Mungkar from islamic.utm.my/qamar/2015/09/24/amar-makruf-nahi-mungkar/
PERANAN PELAJAR DALAM KONSEP AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
- Memperbanyakkan menghadiri majlis ilmu
- Dekatkan diri dengan Allah s.w.t
- Sebagai seorang rakan , perlulah saling nasihat menasihati
- Meningkatkan program program agama di tempat belajar
- Hormat Ibubapa agar mereka merestui apa yang kita lakukan
Bibliografi
Raja Nur Amirah Binti Raja Jamlee , 2018 Jan 24
No comments:
Post a Comment